Friday, April 6, 2012

FRUSIS ANAK LEBI, ORANG KURANG UPAYA ATAU ORANG SAKIT OTAK?


Siapakah Encik Frusis anak Lebi? Adakah dia benar-benar Orang Kurang Upaya (OKU) atau lebih layak dipanggil Orang Sakit Otak (OSO)? Sehingga beliau pasrah diperhambakan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Untuk mengetahui kebenaran itu, mari kita baca sampai habis…..….

Encik Frusis anak Lebi
Mungkin kita telah banyak mendengar isu berkenaan pemberhentian bantuan bulanan kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) kepada Encik Frusis anak Lebi. Ia memberi gambaran bahawa kerajaan bertindak kejam terhadap beliau… Adakah benar kerajaan telah bertindak kejam terhadap beliau? Tidak!  Kerajaan tidak pernah bertindak kejam terhadap rakyatnya… Apalagi kepada golongan OKU.....................................

Oleh itu, kita tampir untuk memaklumkan dan menjelaskan tentang pemberhentian bantuan bulanan kebajikan tersebut. Isu pemberhentian bantuan kebajikan kepada Encik Frusis anak Lebi  timbul apabila, berita pemberhentian bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dengan kadar RM300.00 sebulan yang telah diberhentikan mulai bulan Oktober, 2011. EPC ini diberhentikansetelah pihak JKMNS mendapati pendapatan Encik Frusis telah melebihi RM1,200.00 sebulan. Bagi EPC syarat utama pendapatan pemohon hendaklah kurang daripada RM1,200.00 sebulan. 

Kerajaan tidak pernah berlaku kejam terhadap Encik Frusis. Sebaliknya, kerajaan memberi banyak keistimewaan kepadanya berbanding orang lain.  Tindakan pemberhentian bantuan tersebut diambil berdasarkan pertimbangan yang sangat dalam dengan siasatan yang terperinci..........

Sila lihat senarai bantuan yang  telah beliau terima bermula bulan Julai 1982 sehingga bulan Oktober 2011:

 

Keseluruhan bantuan yang telah diterima oleh Encik Frusis daripada JKMNS berjumlah RM42,480.00 tidak termasuk bantuan generator letrik dan EPC yang telah diterima oleh anak beliau.

Encik Frusis memang tak tahu atau otak beliau telah sakit diracuni oleh permainan politik kotor Leon Jimmy Donald dan DAP. Beliau telah lupa daratan tentang betapa baiknya kerajaan terhadap beliau selama ini. Perlu diingat, Leon Jimmy Donald dan bapa beliau, Jimmy Donald bukanlah orang yang baik. Kita akan bongkar siapa sebenarnya dua beranak ini. Bagaimana Jimmy Donald  telah menyalah guna peruntukkan kerajaan untuk kegunaan peribadi iaitu berkenaan projek jalan ke ladang mereka. Benarkah ia terjadi? Kita akan bongkar pada artikel yang akan datang. Nantikan kemunculannya. 

Encik Frusis lebih rela dipergunakan oleh DAP untuk kepentingan politik Leon Jimmy Donald. Wahal, DAP dan Leon tidak pernah memberi bantuan kepadanya sebelum ini. Dimanakah otak Frusis? Tidakah beliau dapat berfikir dengan waras siapa yang telah banyak memberi bantuan kepadanya sehingga sumber pendapatannya telah meningkat dan membolehkannya berdikari. Atau Frusis memang benar orang sakit otak.

Leon Jimmy Donald
Perlu diingat, bantuan kebajikan bukanlah suatu hak tetapi ehsan daripada kerajaan. Lagipun tidak semua OKU mendapat bantuan seperti yang Encik Frusis anak Lebi dapat. Untuk menguatkan hujah kita mengatakan Encik Frusis adalah sebenarnya adalah seorang sakit otak ialah bagaimana beliau tidak menghargai bantuan yang telah diberikan. 

Selain menerima bantuan kebajikan, Encik Frusis juga telah dipilih oleh JKMNS Bahagian Sri Aman untuk menerima bantuan Generator Elektrik dibawah skim 1 Azam yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada bulan April 2011 yang lalu. Walau bagaimanapun menurut Tuai Rumah, Generator tersebut telah dijual oleh Encik Frusis kepada orang lain. Beliau turut juga menerima bantuan peralatan tambahan dari Jabatan Pertanian seperti mesin pembajak, baja dan racun. 

Dimanakah otak beliau? Mengapa dijual generator diberi kerajaan. Adalah lebih baik bantuan generator elektrik tersebut diberikan kepada orang yang lebih memerlukan. 

Oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan Datuk Mong Dagang dalam hal ini. Sebenarnya, surat yang beliau keluarkan tidak memberi kesan dan memang tiada kaitan dengan penyebab bantuan kepada Encik Frusis diberhentikan. 

Datuk Mong Dagang

Ini telah disahkan sendiri oleh Datuk Fatimah Abdullah; Menteri Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam laporan akhbar Utusan Borneo pada 9 Mac 2012. Beliau menjelaskan bahawa bantuan kepada Encik Frusis anak Lebi telah diberhentikan sebelum surat Menteri Muda Pertanian itu dikeluarkan. 

Tambah beliau, Jabatan Kebajikan tidak memberhentikan bantuan dengan sewenang-wenangnya. Berdasarkan pemerhatian dan selidikan daripada pegawai kebajikan. Jabatan Kebajikan dapati Encik Frusis anak Lebi telah boleh berdikari tanpa perlu bantuan daripada Kerajaan lagi.


Datuk Fatimah Abdullah
Jabatan Kebajikan pula menyatakan keputusan memberhentikan bantuan kepada OKU di Sarawak kerana dia berjaya meningkatkan pendapatannya. Ketua Pengarahnya,.Encik Hadzir Md Zain menjelaskan bahawa Encik Frusis anak Lebi telah dikeluarkan daripada senarai penerima bantuan kerana pendapatannya telah mencapai lebih daripada RM900 sebulan. 

Beliau menafikan tindakan itu adalah kerana desakan politik seperti yang didakwa oleh Encik Frusis anak Lebi kerana beliau penyokong parti pembangkang. Hadzir nyatakan tahun lepas Frusis pernah diberikan geran sebanyak RM5,000 daripada Jabatannya untuk meningkatkan aktiviti agar pendapatannya boleh bertambah.

Frusis berjaya meningkatkan sumber pendapatannya. Maka, bantuan telah diberhentikan setelah Jabatan membuat siasatan terperinci dan dapati dia tidak layak lagi mendapat bantuan. 

Pihak JKMNS mempunyai asas yang kukuh untuk memberhentikan bantuan kepada Encik Frusis. Dalam hal yang berkaitan dengan Encik Frusis, seliaan telah dibuat pada bulan Januari 2011 dan beliau telah diminta mengemukakan penyata pendapatan kepada pihak Jabatan Kebajikan Bahagian Sri Aman. Walau bagaimanapun beliau tidak mengemukakan penyata tersebut sehinggalah seliaan berikutnya dibuat pada bulan Mei, 2011. 

Dalam seliaan kali ini, pekerja kes iaitu pegawai kebajikan yang mengendalikan kes tesebut, telah berusaha mendapatkan maklumat melalui buku tunai harian Encik Frusis. Setelah pengiraan dibuat bagi tempoh 01 Disember 2010 hingga 31 Disember 2010, didapati hasil jualan kasar sayur-sayuran yang diterima oleh Encik Frusis berjumlah RM66,078.00 dan setelah ditolak semua kos pada tahun tersebut, hasil jualan bersih beliau berjumlah RM25,353.00. Ini bermakna pendapatan purata Encik Frusis adalah dalam lingkungan RM2,115.75 sebulan dalam tahun 2010.   

Maklumat terperinci pendapatan Encik Frusis adalah seperti dalam gambar di bawah:


Pendapatn Encik Frusis dalam tahun 2010 telah melebihi pendapatan RM1,200.00 sebulan yang tidak melayakkan labi beliau menerima bantuan EPC. Oleh kerana maklumat ini hanya diperolehi dalam bulan Mei, maka Encik Frusis telah diberi masa empat bulan lagi untuk menyesuaikan diri sebelum bantuaan EPC beliau diberhentikan mulai Oktober, 2011. 

Sehubungan itu, pemberhentian bantuan kebajikan iaitu EPC kepada Encik Frusis oleh JKMNS  adalah setelah syarat pemberhentian itu dipenuhi dan telah dibuat mulai bulan Oktober, 2011 sebelum isu berkaitan dilapor dalam suratkhabar tempatan. 

Jelaslah di sini bahawa pemberhentian bantuan EPC RM300.00 sebulan itu bukanlah isu yang boleh dikaitkan dengan surat YB Datuk Mong Dagang, Menteri Muda Pertaniaan Sarawak dan laporan polis seperti yang didakwa oleh Encik Frusis anak Lebi, yang juga telah tersebar di internet. Malah pemberhentian bantuan kebajikan seperti dimaksudkan itu, telah dimaklumkan secara lisan terlebih dahulu kepada beliau, serta disusuli pemberhentian secara bersurat.

Bolehlah dirumuskan di sini bahawa minda Encik Frusis anak Lebi telah diracuni oleh permainan politik kotor DAP dan beliau bukanlah seorang Orang Kurang Upaya tetapi sebenarnya Orang Sakit Otak yang tidak mengenang jasa dan budi serta kebaikan kerajaan terhadap beliau selama ini……………………

Pssssssstttttttttt…………..  DAP ingin merosak minda Orang Dayak Sarawak…………………

Waspadalah wahai Kaum Dayak dengan permainan politik kotor DAP…………………………

3 comments:

  1. Inilah orang yang pandai berlakon jadi OKU. Suruh DAP kasih dia sijil lakonan OKU terbaik!

    ReplyDelete
  2. salam tuan mohon pautkan link mukapetang.com terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam tuan mohon pautkan link sibuti-selamanya.blogspot.com terima kasih

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawap anda