Sunday, April 1, 2012

DAYAK AGENDA atau DAP AGENDA??... Dr John Brian Anthony..!!

 

Bolehkah DAP berjanji dan menunaikan DAYAK AGENDA Dr John Brian????? 


Pada pilihan raya Negeri Sarawak tahun 2006 Dr John Brian tewas tipis ditangan Dr Stephen Rundi yang mewakili BN di DUN N60 Kemena. 

Pada Pilihan raya Negeri Sarawak yang lepas iaitu tahun 2011, Dr John Brian telah bertanding menggunakan tiket PKR di DUN N42 Meluan, tetapi tewas ditangan Calon BN En Wong Judat dengan majority 1642 undi.

Kalau dilihat dari jumlah undi yang diperolehi oleh Dr John Brian memang jelas menunjukkan beliau sangat popular dikalangan kaum Iban terutamanya di DUN N60 Kemena. 

DUN Kemena merupakan satu daripada Kawasan DUN didalam kawasan PARLIMEN BINTULU , kawasan DUN yang lain ialah DUN N59 Kidurong dan DUN N58 Jepak. …. 

MUSLIHAT DAP HANYA MEMPERGUNAKAN DR JOHN BRIAN UNTUK MERAIH UNDI KAUM IBAN DI PARLIMEN BINTULU….. 

 

TIADA LAMBANG DAYAK ( DAYAK AGENDA ) DALAM  PEMIKIRAN PEMIMPIN ATASAN PAKATAN RAKYAT.

Kalau dilihat dari tradisi di Parlimen Bintulu tidak pernah ada kaum Iban yang dicalon oleh parti DAP dan dari mana-mana parti BN, walaupun majoriti pengundi di Parlimen Bintulu ialah Iban. Sejak dari Parti SNAP dahulu Datuk Amar James Wong yang menjadi wakil Rakyat di Parlimen. Setiap kali Pilihan raya Parlimen, DAP tidak pernah mencalonkan wakil dari kaum Iban walaupun tahu majority pengundi di Parlimen Bintulu ialah Iban. 

Walaubagaimanapun DAP telah merampas Kerusi Parlimen Bintulu daripada James Wong menerusi Calonnya Chiew Chu Sing pada PRU tahun 1999.

Hanya satu penggal bertahan akhirnya pada PRU tahun 2004 kerusi Parlimen Bintulu dapat dirampas kembali oleh BN-SPDP sehingga kini. 

Pada PRN10 telah menampakkan dengan jelas bahawa kaum cina tidak lagi menyukong Kerajaan BN. Parti DAP telah memperolehi kemenangan hampir di kesemua kerusi DUN kawasan Bandar yang majority kaum cina. Sudah jelas juga di Semananjung bahawa Parti DAP semakin gagah dan dengan megah bahawa mereka akan menakluki Putrajaya. 

 Ini bermakna bahawa Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP sudah bercita-cita besar untuk menakluki pemerintahan Putrajaya. Oleh itu parti DAP akan menggunakan apa cara sekalipun,,!. Untuk memenangi kerusi Parlimen termasuk di Parlimen Bintulu. 

Disini lah kita akan dapat melihat taktik DAP akan mempergunakan Dr John Brian untuk memenangi kerusi Parlimen Bintulu. 


1. DR John Brian mampu untuk meraih undi kaum Iban kerana popularitinya di kawasan DUN Kemena. 

2. Di DUN kidurong telah menunjukkan kemenangan majority yang besar parti DAP pada PRN10 yang lepas. 

PERSOALANYA: 


1. Kenapa Parti DAP tidak pernah mencalonkan kaum Iban pada PRU yang lepas-lepas.?? Jawapannya ialah……. KERANA KAUM CINA MASIH MEMERLUKAN KERAJAAN BN DALAM MEMBANGUNKAN KAUM CINA TERUTAMANYA DARI SEGI EKONOMI. Sekarang sudah tiba masanya kaum cina tidak memerlukan Kerajaan BN lagi kerana ekonomi sudah dalam genggaman mereka. Hanya kuasa politik yang harus dirampas daripada kaum bumiputera. 

DAPAT DINILAI DENGAN JELAS BAHAWA DR JOHN BRIAN HANYA DIPERGUNAKAN OLEH DAP UNTUK MEMENANGI KERUSI PARLIMEN BINTULU.: 


1. Sebab itu lah Dr John Brian keluar dari PKR dan menyertai DAP 

2. Dr John Brian terpaksa menyertai DAP kerana sudah di Offer oleh DAP sebagai Calon bertandiing di Parlimen Bintulu ( Dr John Brian memang suka bertanding dimana-mana sahaja, asalkan ada orang sponser. 

3. Apakah DR John Brian tidak ingat asal usul kaum dayak dan asal usul kaum Cina?? 

4. Adakah Dr John Brian sedar beliau dipergunakan oleh DAP untuk menjatuhkan kuasa politik kaum Bumiputera ke tangan kaum Cina.?? 

5. Dimana kah perjuangan Dr John Brian dengan DAYAK AGENDA BELIAU??? Kaum Cina tak akan layan DAYAK AGENDA ITU. 

Kalau berdasarkan keputusan PRN10 yang lepas iaitu mengambil kira jumlah undi yang diperolehi BN dan Pembangkang di DUN Kidurong, DUN Jepak dan DUN Kemena:-

1. DUN N58 Jepak.       a)  BN - 5470 undi
                                         b)  Pembangkang - 3341 undi

2. DUN N59 Kidurong a)  BN - 5563 undi
                                        b)  Pembangkang - 12,439 undi

3. DUN N60 Kemena  a)  BN - 6,369 undi
                                        b) Pembangkang - 3502 undi

Secara keseluruhanya di Parlimen Bintulu : BN memperolehi - 17,402 undi.
                                                                               Pembangkang memperolehi - 19,282 undi.

WARNING...! WARNING..!. PEMBANGKANG DAP AKAN MENAWAN PARLIMEN BINTULU. ???. 
Adakah Dr John Brian seorang kaum Dayak akan memperjuangkan kaum cina....? AGENDA SIAPA AKAN BERJAYA... DAYAK AGENDA ATAU DAP AGENDA????.
 

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawap anda