LUBOK ANTU: Hasrat Presiden Parti Buruh Sarawak (SWP) Larry
Sng Wei Shien yang berminat bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN)
William Nyalau ak Badak pada pilihan raya Umum Ke-13 nanti umpama ‘mencurah air
ke daun keladi’.
Ini berkutan pengundi di Parlimen Pilihan Raya Lubok Antu
bukan sahaja enggan memberi sokongan kepada calon dari luar Lubok Antu malah menolak
sama sekali kaum lain mewakili mereka.
Larry dikhabarkan akan bertanding di Lubok Antu bagi
berhadapan dengan Nyalau dan Andy Jackson menentang Masi Kujat di Sri Aman.
Timbalan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili Cr
Bangkong ak Maweng berkata, rakyat di Parlimen Lubok Antu sudah masak dalam
politik dan hasrat Larry hendak bertanding yang dihuni majoriti kaum Iban ini
adalah ditolak sama sekali.
Menurutnya, pengundi Parlimen Lubok Antu ingin sekali
melihat anak jati dari Lubok Antu yang menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka.
Tambahan pula Larry mewakili parti SWP yang menentang
kerajaan BN dan sudah pasti Larry tidak akan diterima sama sekali oleh mereka
nanti, ujarnya.
“Kami di sini fobia sama
sekali apabila melihat calon luar bertanding di kawasan kami, tambahan pula
Larry orang luar dan pembangkang pula dan
sudah pasti kami akan menolaknya,” katanya kepada Utusan Borneo, di sini,
semalam.
Sehubungan itu Cr Bangkong mengajak pengundi di pilihan raya
Lubok Antu agar tidak memberi undi sama sekali kepada anak Dato Sng Chee Hua
itu sekirnya hasrtanya hendak menentang
Nyalau akan menjadi kenyataan kelak.
‘SWP ini bukan parti mesra BN seperti mana pemimpin mereka
war-warkan tetapi ia adalah parti pembangkang dengan bertujuan untuk memesong
fikiran kaum Dayak terutama Iban di kawasan pedalaman,” ujarnya.
Larry yang berkerunan Cina dan bekas Anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Pelagus adalah berasal Kapit.
Sebelum ini Larry berhasrat
hendak bertanding menentang Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Joseph Entulu Belaun di Selangau .
Tetapi hari ini sudah tidak kedengaran lagi apabila
dikhabarkan mendapat sambutan dingin dikalangan
pengundi di Selangau.
Sementara itu Timbalan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan
Engkilili Cr Sibat Krutap menasihatkan pengundi-pengundi di kawasan Lubok Antu
terutamanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili agar bersatu menentang Larry
sekiranya dia hendak mencuba nasib bertanding menentang Nyalau di Parlimen Lubok Antu.
Menurutnya, pengundi
di sini harus menolak Larry ini yang
bukan asal orang dari Lubok Antu.
“Kami bukan takut dengan Larry tetapi enggan orang luar
menjadi wakil rakyat kami di sini,
Cukuplah kami alami di DUN Engkilili yang menyokong bekas wakil rakyat Toh Heng San dari Song sebelum
ini.
Ketika itu kami di sini menerima kritikan hebat daripada
orang luar Engkilili yang mengatakan apa
orang di Engkilili tidak ada orang pandaikah apabila memilih Heng San ketika
itu,” jelas beliau.
Sehubungan itu SUPP cawangan Engkilili akan menyokong Nyalau
pada pilihan raya umum kali ini berikutan Nyalau bukan sahaja amat berkerjsama
dengan Anggota DUN Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa malah seorang yang
rajin bekerja menjenguk rakyat di Lubok Antu.